Sunday, October 23, 2011
Hai Akhi :) Hai Ukhti :)
Assalamualaikum :) "Walaupun kita pegi ceramah or kem motivasi 100x pun, kalau kita tk nak berubah, tiada perubahan yg akan berlaku." Ye mmg kadang2 kita rasa menyesal sgt, kita nk bertaubat tp last2 perasaan tu hilang and kita continue buat benda2 jahat. Itulah Hidayah, hidayah hanya dtg sekejap, kalau kita betul2 berazam nk buat, nk berubah, InsyaAllah, tk sia2 hidayah yg Allah beri kpd kita. Allah sayang kita, tp kenapa kita perlu sayang org lain lebih drpd Allah? Manusia ke yg boleh buat kita masuk syurga? TAK. Ada satu kisah, si fulan ini keluar untuk bershopping pd pukul 3 ptg, dn smpi di tmpt yg hndk dtujunya itu pd lbih kurg 4 ptg, tk lama lepastu azan pun berkumandang. Okay, dia masih teruskan bershopping, dn dia balik ke rumah dn smpi pd pukul 6 ptg, lgi sejam lebih je azan maghrib nk berkumandang. Kebetulan pada haritu ada sambutan hari lahir di rumah jirannya. Kwn si fulan ini nasihatkan dia, baliklah rumah dulu, solat tp si fulan ini menjawab "Eh dh lambat ni, org dh jemput." Hmm kwnnya itu tk blh nk buat apa dn terus pulang. Si fulan itu pulang ke rumah slps azan maghrib berkumandang. Mungkin si fulan itu tidak kisah kerana dia boleh qada' solatnya itu. Tp saya pelik, ada sstgh org, kalau lmbt sikit je solat, hatinya sudah gundah gulana, tp knp ada sstgh org berperangai spt si fulan tadi? Tidakkah dia risau? Kalau Allah ambil nyawanya ketika itu? Apa yg mahu di jawab olehnya ketika di padang mahsyar kelak? Semua yg ada di sekeliling kita ini adalah ujian. Ada lagi sebuah kisah di mana, si fulan ini baru saja pulang dari menyertai kem motivasi, ia berlaku 2 tahun yg lepas, kebetulan pada masa itu dia baru saja berpisah dgn kekasihnya. Sekembalinya dia dari kem, dia berazam untuk tidak bercinta. Lalu, Allah pun menguji iman si fulan ini dengan membuatkan hati si fulan ini sering teringat akan seorang lelaki yg juga menyertai kem tempoh hari. Haa masa ni lah syaitan dan malaikat berlawan2 nk pujuk si fulan ni, namun malangnya, si fulan ini termakan pujukan si syaitan dan terus melakukan pelbagai cara agar dpt berhubung dgn si lelaki tersebut dn dengan izin Allah, si fulan itu berjaya dan tidak tahu bagaimana, mereka sudah menjalinkan hubungan cinta. Terlalu mudahnya kita ni kan untuk memberi cinta kepada manusia? Ingat! Kita hidup tk lama, ajal dan jodoh itu rahsia Allah. Tidakkah kita takut akan bala yg akan Allah turunkan? "ALLAH MAHA BESAR", antara kalimah yg terdapat dalam azan. Jadi automatically semua yg di sekeliling kita pada ketika itu sptutnya kita biarkan krn mereka bukan Allah! Berusahalah untuk menjadi seorang Hamba yg bertaqwa, haa fahami maksud TAQWA tu dulu. Iaitu mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Mula slow2. Seperti proses kejadian manusia, ia juga berperingkat2, kan? Okay, saya juga tidaklah 'alim, tp apa salahnya saling menasihati antara satu sama lain kan? Maafkan saya jika terkasar bahasa, yang baik itu semuanya dtg drpd Allah, yg buruk itu dtgnya drpd saya. Assalamualaikum , semoga Allah sentiasa bersama kita.